fbpx

Remaja dikhuatiri lemas ketika mandi sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota PPDA balai bomba Pengkalan Kubor menjalankan operasi mencari mangsa yang lemas di sebatang sungai di Kampung Pulau Besar, Tumpat hari ini. FOTO IHSAN BOMBA

TUMPAT – Kegembiraan sekumpulan remaja mandi di sebatang sungai di Kampung Sungai Besar di sini hari ini bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka dikhuatiri lemas dan gagal dikesan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Penolong Penguasa Bomba Wan Baijuri Wan Hassan berkata, siasatan mendapati, mangsa, Ahmad Hilmi Mas Yuri, 19, dipercayai mandi-manda bersama beberapa orang rakannya di sungai itu pada pukul 2 petang tadi.

Menurutnya, mangsa dipercayai penat berenang menuju ke kawasan tepi sungai sebelum terus tenggelam.

“Melihat keadaan itu, rakan mangsa telah menghubungi talian kecemasan untuk meminta bantuan.

“Empat anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) balai bomba Pengkalan Kubor telah melakukan gerakan mencari mangsa di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Wan Baijuri, bomba telah mencari mangsa sejauh 500 meter di bahagian kiri dan kanan sungai berhampiran lokasi mangsa dilaporkan tenggelam.

Tambahnya, pencarian akan dilakukan sehingga pukul 6.30 petang ini dan akan disambung semula pagi esok jika mangsa gagal dikesan hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI