fbpx

Rela dipijak demi setandan pisang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar dua lelaki yang sedang mencuri setandan pisang di tepi sebuah jalan raya

PETALING JAYA – Bak kata orang usaha itu tangga kejayaan, begitu juga ‘pengorbanan’ seorang lelaki yang sanggup dirinya dipijak untuk membantu rakannya mencuri setandan pisang di tepi jalan raya.

Gelagat kedua-dua pencuri yang menaiki sebuah motosikal itu berjaya dirakam oleh pengguna jalan raya sebelum ia tular di laman Facebook hari ini.

Berdasarkan klip video berdurasi satu minit dua saat itu, kelihatan seorang lelaki sedang memanjat pagar tembok sebuah taman perumahan yang terletak bersebelahan jalan raya untuk mencuri setandan pisang.

Usaha lelaki terbabit turut dibantu seorang lagi rakannya yang menjadi ‘tangga’ sementara bagi membolehkan dia memotong tandan pisang yang terletak di luar tembok pagar berkenaan.

‘Kegigihan’ dua penyamun itu, akhirnya membuahkan hasil apabila mereka berjaya mencuri pisang tersebut.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi dan tarikh sebenar kejadian itu dirakam.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna laman sosial mengecam perbuatan kedua-dua lelaki terbabit yang telah mengambil hak orang lain dan mereka mahu pemilik melaporkan segera kepada pihak berkuasa.

“Orang lain tanam, orang lain tolong petik. Mudah betul kerja dua orang penyamun ni, dahla pisang sekarang mahal, mohon perakam buat laporan polis,”tulis Man Bye.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Ise Yatim.

“Dua-dua badan sihat bukan OKU, itu pun nak kerja mudah dengan mencuri hasil titik peluh orang lain. Carilah kerja halal, panjat tembok boleh, kena pijak boleh, takkan nak kerja tak boleh,” tegasnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI