JAKARTA – Satu video yang menunjukkan aksi seorang lelaki memasak juadah mi segera dengan cara yang aneh membuatkan netizen berasa loya, lapor laman berita Suara.com.
Video yang dimuat naik pemilik akaun TikTok dengan nama @itfghiyeetygfd12346tgg itu menunjukkan seorang lelaki yang memasak mi segera yang disifatkan sebagai yang paling enak di dunia.
Ketika merebus mi, dia mencampurkan serbuk kopi ke dalam air rebusan sebelum mengeluarkan mi tersebut dan mencampurkan serbuk mi segera itu.
Selepas siap, lelaki itu kemudiannya meletakkan buah pisang ke dalam mi segera itu lalu memakannya.
Netizen yang melihat video tersebut kemudiannya berkongsi pendapat menerusi ruangan komen.
“Saya selaku pencinta mi segera rasa kecewa melihat ini,” komen seorang netizen.
“Saya boleh mengagak bahawa rasa mi ini ‘hancur’, kita bermusuhan,” komen netizen lain. -AGENSI