fbpx

MCMC bantu selaras Pakej Peranti Siswa Keluarga Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan membantu dalam menyelaras pelaksanaan Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia seperti diumumkan dalam pembentangan Bajet 2022 Jumaat lalu.

MCMC menerusi satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya menjangkakan tempoh pendaftaran bagi pakej itu akan bermula pada suku kedua tahun depan.

Menurutnya, MCMC dan penyedia perkhidmatan mudah alih di negara ini akan bekerjasama bagi memastikan pelaksanaan inisiatif ini berjalan dengan lancar.

“Penyedia perkhidmatan mudah alih berkenaan termasuk Celcom Axiata Berhad (Celcom), Digi Telecommunications Sdn. Bhd. (Digi), Maxis Berhad (Maxis), U Mobile Sdn. Bhd. (U Mobile), Telekom Malaysia Berhad (TM) dan YTL Communications Sdn. Bhd. (YES).

“Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan ini dijangka membantu pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) menjalankan aktiviti pembelajaran dalam talian, melayari internet untuk tujuan penyelidikan dan penghantaran mesej kepada keluarga dan rakan-rakan,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI