fbpx

Mayat tersangkut pokok tepi sungai rupanya mangsa kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

ISKANDAR PUTERI – Mayat seorang lelaki yang ditemui tersangkut pada sebatang pokok di Sungai Ulu Pulai, di sini pagi tadi rupanya mangsa kemalangan.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihaknya mendapat maklumat berkenaan kejadian tersebut selepas menerima panggilan telefon awam kira-kira pukul 8 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang lelaki warga tempatan yang berusia 59 tahun.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa telah mengalami kemalangan jalan raya selepas melanggar pokok di Persiaran Gelang Patah.

“Keretanya yang dalam keadaan remuk ditinggalkan di tepi jalan dalam keadaan pintu terbuka manakala mangsa disyaki terjatuh ke dalam longkang utama dan lemas dengan dibawa arus hingga ke muara sungai,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, mangsa yang bekerja sebagai seorang sub kontraktor itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian.

“Temu bual dengan dua rakan mangsa mengatakan mereka minum bersama di Gelang Patah pada 30 Oktober 2021 sebelum balik menaiki kereta berasingan.

“Berdasarkan maklumat diberikan rakan, mangsa dalam keadaan mabuk selepas minum bersama-sama,” ujarnya sambil memaklumkan mayat mangsa dicamkan rakan mereka.

Dzulkhairi turut memberitahu, mayat mangsa di bawa ke Hospital Sultanah Aminah Johor untuk dibedah siasat.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI