fbpx

Mayat lelaki ditemui tersangkut pokok tepi sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat seorang lelaki yang ditemui tersangkut pada sebatang pokok tepi sungai berhampiran Jeti Nelayan Kampung Ulu Pulai, Pontian hari ini. Foto IHSAN BOMBA

PONTIAN – Mayat seorang lelaki ditemui tersangkut pada pokok di tepi sungai berhampiran Jeti Nelayan di Kampung Ulu Pulai di sini pagi hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan Nanas, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Asnawi Jumaat berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian itu kira-kira pada pukul 8.27 pagi.

Katanya, seramai lima anggota dan sebuah jentera dihantar ke lokasi setelah menerima panggilan kecemasan dari orang awam.

“Setibanya di lokasi kejadian, Pasukan Keluar Operasi (PKO) mendapati benar terdapat satu mayat tersangkut pada pokok ditepi sungai tersebut dalam jarak 500 meter.

“Mayat mangsa dibawa naik ke jeti dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Operasi ditamatkan pada pukul 9.47 pagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd Asnawi, mayat terbabit merupakan seorang lelaki dewasa berusia 40an namun tiada identiti pengenalan diri ditemui.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI