fbpx

Lori sarat barang seludup ditinggal dalam ladang kelapa sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian tembakau seludup yang ditemui di dalam sebuah lori di ladang kelapa sawit di Kampung Rahmat, Rantau Panjang hari ini. FOTO IHSAN PGA

RANTAU PANJANG – Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas barangan runcit, kosmetik dan tembakau dipercayai diseludup dari negara jiran selepas menemui sebuah lori yang ditinggalkan di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Rahmat di sini hari ini.

Barangan seludup bernilai RM440,950 itu dirampas pada pukul 6.30 pagi tadi semasa anggota PGA menjalankan rondaan rutin di kawasan tersebut.

Pegawai Pemerintah Batalion 9 PGA, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, anggota PGA menghampiri sebuah lori yang diletakkan di kawasan itu selepas melihat ia berada dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, pemeriksaan di bahagian belakang lori itu telah menemui barangan runcit, kosmetik dan tembakau.

“Selepas setengah jam menunggu, tiada individu yang datang menuntukesemua barangan seludup itu.

“Berdasarkan pemeriksaan, barangan runcit yang berada di dalam lori berkenaan bernilai RM52,950, kosmetik (RM191,000) dan tembakau (RM197,000),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI