fbpx

Lonjakan industri perikanan usaha berterusan kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Pertanian dan Industri, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (tiga dari kiri), bersama Lembaga Pengarah memotong kek ulangtahun Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), pada Majlis Sambutan Jubli Emas 50 Tahun LKIM, di Dewan Besar LKIM, di sini hari ini. Gambar: SHIDDIEQIIN ZON

PUCHONG – Kerajaan akan berterusan melonjakkan industri perikanan dalam negara selari dengan Dasar Agro Makanan 2.0 menerusi pelbagai langkah strategik oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) serta Jabatan Perikanan.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, dalam usaha melonjakkan sektor berkenaan, kesejahteraan para nelayan juga akan terus diberikan perhatian oleh LKIM dan pihak pihak kerajaan.

“Pelbagai bantuan serta insentif turut disalurkan oleh kerajaan menerusi pembentangan bajet dan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) yang akan diteruskan namun pada masa yang sama, industri ini perlu melalui anjakan ke hadapan melibatkan semua pihak yang terlibat dalam rantaian sektor ini.

“Untuk tahun ini kerajaan telah mengumumkan dana sebanyak RM150 juta bagi tujuan menaik taraf ‘vessel’ nalayan daripada kelas A ke kelas yang lebih tinggi. Ia masih dilanjutkan namun sebahagian besar dana masih belum lagi diagihkan,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Sambutan Jubli Emas 50 tahun LKIM di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan MAFI I, Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh; Timbalan MAFI II, Datuk Haslina Abdul Hamid; Pengerusi LKIM Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dan Ketua Pengarah LKIM, Yusoff Othman.

Menurut Ronald, kerajaan melihat bahawa dana berkenaan perlu dimanfaatkan dan perbincangan di peringkat kementerian perlu dilakukan bagi mencari langkah seperti memudahkan sayarat permohonan dan sebagainya.

“Dana ini adalah bagi tujuan permodenan vessel perikanan, jadi ramai di antara mereka masih berada dalam kategori A dan sebagainya yang ingin kekal di kategori tersebut memandangkan peralihan ke kategori seterusnya melibatkan pelaburan yang tinggi.

“Bagaimanapun, kita akan pastikan dana tersebut dimanfaatkan sepenuhnya menerusi pelbagai pendekatan. Kita tidak boleh berhenti dan kita akan terus menggalakkan nelayan mengambil langkah beranjak ke hadapan,” ujar beliau.

Dalam perkembangan berasingan, Ronald berkata, kewujudan LKIM dilihat sebagai sebahagian daripada sejarah penting industri perikanan negara apabila menjadi titik tolak usaha peningkatan taraf hidup dan kedudukan sosioekonomi nelayan sekaligus menjadikannya agensi yang komited memperjuangkan kemajuan sosial dan ekonomi golongan berkenaan.

“Walaupun berdepan pelbagai cabaran, tempoh 50 tahun yang dilalui LKIM sejak penubuhannya pada 1 November 1971 telah memperlihatkan betapa agensi ini berusaha keras dalam meningkatkan pendapatan nelayan dan menjaga kesejahteraan golongan ini, sekali gus terus
mengembangkan dan memajukan sektor perikanan negara secara keseluruhannya.

“Sudah pasti, kejayaan LKIM telah banyak membantu menaikkan taraf hidup dan sumber ekonomi nelayan dari semasa ke semasa menerusi pelbagai program dan inisiatif dalam meningkatkan produktiviti tangkapan hasil laut dan mempelbagaikan sumber pendapatan mereka,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI