fbpx

Liverpool gagal menang biarpun dahului dua gol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HENDERSON (kanan) berjaya membuka tirai jaringan buat Liverpool seawal minit keempat sebelum mereka diikat Brighton 2-2 pada aksi kelmarin. – AFP

LIVERPOOL – Mendahului perlawanan dengan dua gol gagal membantu Liverpool untuk meraih tiga mata penuh apabila mereka dikejutkan dengan kebangkitan Brighton yang meng­akhiri perlawanan dengan keputusan seri 2-2 pada aksi di Anfield kelmarin.

Situasi itu jelas mengecewakan Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp yang menyifatkan skuad kendaliannya gagal bermain
dengan baik terutama pada babak kedua perlawanan dan hampir berdepan kekalahan ekoran tekanan yang diberikan Brighton.

Kelebihan Liverpool menerusi gol yang dijaringkan oleh Jordan Henderson dan Sadio Mane berjaya dipadamkan oleh Enock Mwepu sebelum babak pertama berakhir dan gol pe­nyamaan Leandro Trossard.

Bagaimanapun, pada aksi berkenaan dua lagi gol Liverpool menerusi Mane dibatalkan ekoran kekasaran terhadap penjaga gol Palace, Vicente Guaita, manakala gol Moha­med Salah juga tidak disahkan ekoran berada dalam kedudukan ofsaid.

“Keputusan seri ini seperti satu kekalahan. Ia bukan sahaja kerana kami mendahulu 2-0 dan gagal menang tetapi mengenai keseluruhan perlawanan termasuk dua gol kami yang dibatalkan.

“Babak kedua, kami tidak cukup bagus. Saya tidak gemar reaksi yang dipamerkan oleh pemain kerana ia seolah-olah kami mengakui bahawa perlawanan ini sangat sukar. Kami sepatutnya mencuri peluang melalui ruang kosong yang di­tinggalkan Brighton tetapi gagal berbuat demikian,” katanya.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI