fbpx

Lima remaja buat aksi ala ‘Superman’ ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
- LIMA remaja yang menunggang dengan akai berbahaya ala 'Superman' ditahan dan dibawa ke Balai Trafik Port Dickson.

PORT DICKSON – Lima remaja lelakI termasuk seorang pelajar sekolah di ibu negara ditahan polis selepas menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya di Kilometer 14 – 20 Lebuh Raya Seremban – Port Dickson di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitenden Aidi Sham Mohamed berkata, kesemua suspek berusia 17 hingga 20 tahun ditahan antara pukul 1 hingga 2.35 petang oleh sepasukan polis dari Bahagian Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman.

“Mereka ditahan kerana menunggang dengan cara melakukan aksi mengangkat tayar hadapan (wheellie) serta membuat aksi dengan meluruskan kedua-dua kaki ala ‘Superman’ semasa berada di atas jalan raya yang mana aksi tersebut merbahaya pada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

“Sebelum tangkapan dijalankan, seorang suspek yang juga penunggang dari Bangi, Selangor berusia 19 tahun bergerak dari arah Seremban ke Port Dickson manakala empat penunggang lain bergerak dari arah Port Dickson ke Seremban,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas Aidi Sham, seorang daripada lima suspek merupakan pelajar tingkatan lima dari sebuah sekolah di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI