fbpx

Kristen Stewart ‘dirasuk’ mendiang Puteri Diana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KRISTEN Stewart memegang watak Puteri Diana (kanan) dalam filem Spencer.

PELAKON jelita Kristen Stewart yang diberi kepercayaan memegang watak sebagai mendiang Puteri Diana dalam filem Spencer berkongsi pengalaman misterinya ketika berada di lokasi penggambaran.

Menerusi satu sesi temu bual dalam rancangan Entertainment Tonight, Stewart berkata, dia mengalami pengalaman aneh ketika memakai salah satu gaun peribadi milik Diana.

Ujarnya, ketika memakai gaun berwarna putih tersebut, dia tiba-tiba merasakan dirinya menjadi seperti mendiang Puteri Diana pada masa lalu.

“Saya seperti menjadi ‘bayangan’ Puteri Diana. Seolah-olah ada aura yang ‘merasuk’ ke dalam tubuh badan saya,” ungkapnya.

Bukan itu sahaja, Stewart juga mengakui berasa meremang dan takut sehingga tubuhnya menggigil setiap kali menjiwai watak sebagai Puteri Diana.

“Seperti ada sentuhan di setiap bahagian tubuh saya. Tapi saya bersyukur kerana dapat menjiwai watak dengan baik sekali,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI