fbpx

Kompaun RM10,000 selaras undang-undang ketika itu – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ciapan Khairy Jamaluddin hari ini mengenai isu kompaun yang tular tersebut.

PUTRAJAYA – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan kompaun RM10,000 yang dikeluarkan pada 12 Mac lalu terhadap seorang lelaki kerana memakai pelitup muka di dagu adalah selaras dengan undang-undang ketika itu.

Jelasnya menerusi ciapan di Twitter, ia selaras dengan ketetapan Ordinan Darurat ketika itu yang memperuntukkan kompaun maksimum RM10,000 bagi individu atau RM50,000 (perbadanan).

“Pada 17 Mac 2021, satu garis panduan untuk penetapan nilai kompaun yang lebih munasabah telah diumumkan,” ciapnya hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu tular mengenai seorang lelaki yang dikenakan kompaun bernilai RM10,000 kerana memakai pelitup muka di dagunya.

Gambar kompaun yang dikeluarkan polis terhadap lelaki itu tular di media sosial dan menerima kecaman daripada orang ramai.

Mengulas lanjut, Khairy Jamaluddin berkata, garis panduan baharu itu dikeluarkan selepas rakyat berasakan nilai kompaun berkenaan adalah tidak munasabah dan terlalu tinggi.

“Saya ingin ingatkan juga, setelah Ordinan Darurat diungkai, nilai kompaun akan kembali kepada maksimum RM1,000 bagi individu dan perbadanan.

“Terdapat kebimbangan mengenai kompaun dikenakan kepada seorang ekspatriat baru-baru ini. Perbandingan telah dibuat terhadap kompaun dikeluarkan sebelum ini yang tinggi nilainya.

“Berikutan aduan diterima pada awal tahun ini mengenai nilai kompaun yang terlalu tinggi, garis panduan baharu telah diperkenalkan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI