fbpx

Kecoh pak guard perumahan di suruh jaga anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster pihak pengurusan kediaman yang menjadi tular di media sosial.

PETALING JAYA – Seorang pengawal keselamatan yang bertugas di sebuah kawasan perumahan didakwa dimarahi dengan kata-kata kesat oleh seorang lelaki akibat menolak untuk menjaga anak mereka.

Dipercayai lelaki tersebut berang kerana pengawal keselamatan di kawasan itu tidak menjaga anaknya yang ditinggalkan di pos pengawal keselamatan kerana meronda kawasan perumahan itu.

Menerusi perkongsian video oleh @Dobetter4Malaysia di laman sosial Facebook semalam, lelaki tersebut didakwa bertindak sedemikian kerana disebabkan kecuaian sendiri yang meninggalkan anaknya di pos keselamatan.

Berdasarkan video berdurasi 2 minit 16 saat di Facebook, lelaki tersebut memaki hamun dan bertindak mengugut untuk membuat laporan polis kerana pengawal keselamatan menegur akan perbuatannya itu.

Susulan perkongsian video itu, rata-rata orang ramai berasa marah akan tindakan ibu bapa tersebut kerana tidak berfikir panjang dengan meninggalkan anak mereka di pos pengawal.

“Kepimpinan melalui teladan, anak bagaikan kain putih untuk ibu dan ayah mewarnai, bagi mereka terutamanya di usia yang masih muda, setiap tingkah laku ibu dan ayah itu adalah betul dan berlandaskan ajaran agama,” kata Lua Ping.

“Pengawal itu di bayar gaji untuk jaga kawasan bukan untuk jaga anak orang, anak dengan isteri pun dia tinggalkan sebab nak kerja, ini kau pula yang lebih-lebih nak suruh dia jaga” jelas Kamarul Ariffin.

“Pengawal itu jalankan tugas untuk menjaga keselamatan persekitaran bangunan dan penduduk bukan tugas menjaga anak awak, kita sebagai ibu bapa harus bertanggungjawab atas anak sendiri,” ujar Siti Aishah.

Pihak pengurusan di kawasan itu dipercayai telah membuat laporan polis dan mengeluarkan satu poster memaklumkan seorang penyewa telah memaki hamun pengawal keselamatan serta membuat ugutan selain cubaan melakukan kekasaran fizikal pada pengawal tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI