fbpx

Doktor pamer pinggan mewah Hermes selepas disindir netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reza menunjukkan koleksi pinggannya kepada netizen. - TikTok

JAKARTA – Seorang doktor yang kerap berkongsi mengenai kehidupan mewahnya di laman sosial Instagram baru-baru ini menjadi tular selepas disindir netizen, lapor laman berita Suara.com semalam.

Doktor Reza Gladys Prettyani Sari menerusi Instagram @rezagladys baru-baru ini menerima komen berbentuk sindiran daripada seorang pengguna Instagram yang menuduh dia sering menggunakan pinggan yang sama biarpun dirinya kaya-raya.

“Pinggannya asyik yang sama sahaja, tidak pernah ditukar,” demikian komen yang ditulis netizen.

Wanita itu kemudiannya membalas komen tersebut dalam bentuk video. Dia dilihat berada di dapur rumahnya dan mempamerkan koleksi pinggan mewah daripada jenama Hermes yang dimilikinya.

Dalam video itu, dapat dilihat beberapa keping pinggan Hermes yang dimiliki Reza terdiri daripada pelbagai bentuk dan saiz.

“Pinggan Hermes tidak dijual dalam set, ia dijual berasingan,” tulis doktor Reza dalam hantaran itu.

Netizen lain yang menonton video itu kemudian meninggalkan pelbagai komen.

“Pinggan yang saya ada cuma berlogo ayam,” tulis seorang netizen.

“Kalau saya pecahkan pinggan ini, ibu saya pasti mengusir saya dari rumah,” komen netizen lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI