fbpx

Citobor bawa robot AI ke Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Sembang Korporat

PETALING JAYA – Pengetahuan dan maklumat mengenai robot dengan kecerdasan buatan (AI) di Malaysia masih lagi kurang berbanding di China dan negara maju lain sehingga menjadikannya mengambil alih sebahagian daripada tugas manusia.

Kini, inisiatif syarikat tempatan, Citobor AI Robotic Sdn. Bhd. (Citobor AI) yang telah membuat kajian sejak lima tahun dalam bidang berpotensi itu menjadikan ia sebagai perintis di Malaysia dengan mena­warkan lapan jenis robot AI untuk kegunaan sektor awam, swasta, komersial dan juga keperluan individu.

Pengasas syarikat itu, Datuk Seri Steven Yong berkata, usahanya itu bertepatan pada masa kini khususnya impak Covid-19 telah menyebabkan banyak tugas manusia diambil alih oleh robot AI, selain tumpuan ke arah digitalisasi dan teknologi Revolusi Industri 4.0.

“Dalam tempoh tiga tahun akan datang, potensi robot AI semakin penting, selain teknologi 5G yang bakal dimanfaatkan oleh rakyat tidak lama lagi,” katanya dalam sesi temu bual di pejabatnya di Puchong, Selangor baru-baru ini.

Bagi menggalakkan penglibatan lebih ramai tenaga kerja mahir, syarikat itu bekerjasama dengan sebuah kolej swasta.

Pada masa sama, beliau menggalakkan mana-mana pihak yang berminat untuk menjalinkan kerjasama dengan syarikatnya bagi mengembang dan mengukuhkan lagi industri tersebut.

KOSMO!: Boleh Datuk Seri te­rangkan mengenai syarikat Citobor AI Robotic (Citobor AI) Sdn. Bhd. dan pengalaman kerjaya sebelum ini?
Steven Yong: Saya terlibat dalam bidang rekaan bangunan dan dalaman serta industri e-dagang.

Syarikat Citobor AI mula beroperasi pada tahun ini dengan menawarkan segmen per­niagaan robot dengan kecerdasan buatan (AI) serta perkhidmatan berkaitan rumah pintar.

Mengapa Datuk Seri memilih bidang perniagaan yang berkaitan dengan robot AI?
Perniagaan ini telah dimulakan sejak lima tahun lalu kerana syarikat induk iaitu U-Caring Holding Ltd telah terlibat dalam bidang internet kebendaan (Internet of Things atau IoT) dan Citobor AI dibangunkan sebagai salah satu cabang perniagaan yang akan menyokong bidang IoT.

Selain itu, saya juga sering berada di luar negara seperti di China, Jepun dan Korea kerana urusan perniagaan.

Di sana mereka telah ba­nyak menggunakan robot AI se­perti di lapangan terbang untuk mengambil alih tugas harian manusia.

Adakah robot AI akan me­ngatasi batasan pemikiran manusia pada masa depan atau adakah robot AI akan lebih bijak daripada manusia?
Sesetengah saintis dan pakar berpendapat, robot AI akan menjadi lebih pandai daripada manusia.

Pada pandangan saya, ia tidak benar kerana robot AI adalah ciptaan manusia dan ia sangat berbeza dengan kita. Manusia dilengkapi dengan pe­rasaan, emosi dan juga kreativiti ma­sing-masing.

Menuju masa depan, robot AI diperlukan untuk menambah baik nilai kehidupan seseorang.

Berapa jenis robot AI syarikat pada masa sekarang?
Syarikat memiliki lapan jenis robot AI antaranya dikenali sebagai Sanbot, Lele, Kubi dan Martian yang mana ia ditawarkan pada harga antara RM2,000 hingga lebih RM50,000.

Setiap robot memiliki peranan dan fungsi tersendiri yang dapat menambah baik aktiviti harian dan nilai kehidupan seseorang.

Robot AI boleh membantu memudahkan tugasan manusia seperti dalam bidang ke­selamatan di premis kediaman, bertindak sebagai penyambut tetamu dan juga pembantu rumah.

Di samping itu, robot AI juga boleh bertindak sebagai mesin pe­rakam waktu di pejabat. Ia juga dapat menjadi penghibur dengan menari dan menyanyi, selain rakan berbual, mengajar kanak-kanak dengan beberapa pelajaran asas.

Ia turut boleh mengambil alih tugasan pelayan di restoran dan hotel dengan mengambil pesanan pelanggan, sekali gus membawa makanan ke meja pelanggan. Kami bercadang untuk memiliki sehingga 15 jenis robot AI pada tahun depan.

Bagaimana jualan robot AI dan siapakah kumpulan pe­langgan?
Sambutan yang diterima adalah baik kerana sehingga kini lebih daripada 80 robot AI telah dijual dan kami menjangkakan pertumbuhan jualan mencecah sehingga 1.5 kali ganda tahun depan.

Penyumbang terbesar syarikat adalah daripada sektor ko­mersial dengan kadar 50 peratus, hospital swasta, restoran dan tempat ibadat seperti masjid, kuil, tokong dan gereja (30 peratus) manakala individu (lima peratus).

Robot AI diimport dari mana dan bagaimana pula dengan pasaran eksport syarikat?
Robot AI yang dilengkapi dengan perkakasan datang dari China, Jerman dan Denmark, manakala perisiannya dipasang di Malaysia. Pasaran ­eksport kami adalah China dan di pasaran Asia Tenggara.

Sehingga kini, kami menjual lebih 2,000 unit robot jenis Martian di China, khususnya kepada pelanggan individu.

Sebanyak 700 unit robot Sanbot dijual di China bagi kegunaan sektor makanan dan minuman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI