fbpx

Bayi 11 bulan terhantuk dirempuh pemandu dipercayai mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemalangan yang berlaku di persimpangan Kawasan Perindustrian Bentong di sini antara kereta pacuan empat roda dan sebuah kereta malam semalam.

BENTONG – Angkara pemandu dipercayai mabuk empat beranak nyaris maut selepas kereta dinaiki mereka dirempuh sebuah pacuan empat roda di persimpangan kawasan Perindustrian Bentong dekat Jalan Bentong-Raub di sini malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu pacuan empat roda jenis Mitsubihi Triton berkenaan memasuki ke persimpangan berkenaan secara tiba-tiba sebelum merempuh kereta jenis Nissan Sentra dinaiki mangsa bersama dua anak dan isterinya yang menuju ke arah bandar Bentong.

Dalam kejadian itu juga menyaksikan pemandu pacuan empat roda yang berumur 50-an itu cuba melarikan diri ke kawasan perindustrian sebelum dihalang orang ramai.

Pemandu kereta, Yazid Yahya,49, akibat kejadian menyebabkan bayinya berumur 11 bulan terhantuk sehingga mengalami benjolan di bahagian kepala.

“Semasa kejadian saya dan keluarga dalam perjalanan dari Karak ke Bentong dan apabila sampai di tempat kejadian sebuah pacuan empat roda tiba-tiba masuk ke simpang industri dan melanggar kereta saya.

“Akibat kejadian kereta saya remuk teruk manakala bayi saya berumur 11 bulan terhantuk dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,”katanya di sini, hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata, agak kesal apabila pemandu kereta pacuan empat roda berkenaan dipercayai berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian.

Katanya, dia membuat laporan polis dan menyerahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan dan tindakan lanjut.

“Selepas kejadian saya menenangkan orang ramai yang datang agar tidak melakukan tindakan melampaui undang-undang dan perkara ini diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,”katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, pihak polis giat melakukan siasatan selepas menerima laporan daripada mangsa malam semalam. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI