fbpx

Ahli Parlimen diberi suntikan dos penggalak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dewan Rakyat.

KUALA LUMPUR – Semua Ahli Parlimen yang telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 akan diberi suntikan dos penggalak bermula esok.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata, Ahli Parlimen akan menerima suntikan dos penggalak bermula pukul 9.30 pagi di bangunan Parlimen.

Jelas beliau, dos penggalak bagi memastikan imuniti dapat dikekalkan untuk tempoh optimum khususnya terhadap jangkitan varian Delta.

“Ini bagi melindungi Ahli Yang Berhormat yang mempunyai tanggungjawab untuk kerap bersama rakyat dan berisiko mendapat jangkitan Covid-19.

“KKM akan memberi dos penggalak bermula esok dan tarikh seterusnya akan ditetapkan kelak,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI