fbpx

Treler melintang tengah jalan akibatkan kesesakan 5KM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian kemalangan melibatkan treler yang menghalang laluan di KM 273.5 arah utara dari Ipoh Selatan ke Ipoh Utara pagi ini.

IPOH – Kesesakan berlaku di Lebuh Raya Utara Selatan sejauh kira-kira lima Kilometer (km) berikutan kemalangan membabitkan sebuah treler di KM 273.5 arah utara dari Ipoh Selatan ke Ipoh Utara.

Kejadian dilaporkan berlaku pada pukul 7.15 pagi tadi apabila treler berkenaan dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas.

Kemalangan menyebabkan kenderaan tersebut melintang jalan dan menghalang laluan.

Pihak Lembaga Lebuh Raya Malaysia menerusi laman Twitter memaklumkan, semua lorong ditutup bagi kerja-kerja pembersihan.

Menurut paparan tersebut, kenderaan arah utara dilencong keluar di Plaza Tol Ipoh Selatan bagi mengelakkan kesesakkan manakala aliran trafik perlahan.

Sehingga pukul 11 pagi tadi semua lorong masih lagi ditutup. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI