fbpx

Takungan Empangan Muda melimpah sejak Khamis lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Tarmizi (dua dari kiri) ketika melawat Kilang Beras Seri Merbok di Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Takungan air di Empangan Muda di Sik dekat di sini didapati telah melebihi paras biasa iaitu pada kadar 104.2 peratus berikutan turunan hujan yang tinggi sejak kebelakangan ini.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, keadaan itu mengakibatkan berlakunya limpahan air dari empangan tersebut ke Sungai Muda.

“Limpahan air dari Empangan Muda ini yang berjumlah 973 kaki padu sesaat itu dialirkan ke Sungai Muda dan ia tidak masuk ke kawasan sawah.

“Kita juga telah memaklumkan pihak berkaitan termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Pejabat Daerah Sik dan Kuala Muda setiap kali berlaku pelepasan atau limpahan air dari empangan tersebut,” katanya ketika melawat Kilang Beras Seri Merbok Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Selain itu, katanya, dua lagi empangan yang diuruskan MADA iaitu Empangan Pedu dan Ahning dalam daerah Padang Terap masing-masing berada pada paras 91.68 peratus dan 95.71 peratus.

“Buat masa ini, kita telah menutup semua saliran empangan tersebut untuk mengelakkan sungai melimpah seterusnya menyebabkan banjir.

“Keadaan masih dalam keadaan terkawal dan kita akan terus memantau paras air dari semasa ke semasa,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI