fbpx

Tak sempat edar rokok seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki ditahan bersama rokok tidak bercukai dan sebuah kereta disyaki digunakan dalam kegiatan penyeludupan dalam serbuan di Jalan Sungai Suluh, Minyak Beku, Batu Pahat, Johor semalam. - Foto IHSAN PGA

BATU PAHAT – Seorang lelaki tidak sempat mengedarkan rokok tanpa cukai di sekitar daerah ini apabila dia ditahan sepasukan polis Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 5, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Dimin Awang berkata, lelaki tempatan berusia 34 tahun itu ditahan ketika sedang mengedar rokok tidak bercukai di Jalan Sungai Suluh, Minyak Beku, di sini, pada pukul 1.10 tengah hari.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati suspek dipercayai bertanggungjawab membekalkan rokok-rokok tidak bercukai di sekitar kedai runcit di kawasan ini.

“Beberapa barangan berjaya dirampas iaitu 30 karton rokok seludup dan sebuah kereta jenis Toyota Vios dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM45,298.

“Tangkapan dan rampasan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk siasatan di bawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, kejayaan ini sekaligus mampu memutuskan satu rangkaian sindiket pengedaran rokok tidak bercukai di sekitar kawasan Batu Pahat.

Dimin dalam pada itu menyeru orang awam untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi mengekang lambakan barangan kontraban serta kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) di jalan yang tidak diwartakan kepada pihaknya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI