fbpx

Srikandi Bersatu senaraikan enam calon tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rina

DENGKIL – Sayap Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah mengemukakan enam calon tempatan yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 8 November nanti.

Ketuanya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, senarai calon itu telah dihantar ke Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk dipertimbangkan.

“Belum ada pengumuman tapi Srikandi telah hantar enam nama dan kami berharap mereka diberikan peluang untuk menjadi calon.

“Semua muka baharu sebab di Melaka tidak ada ADUN Srikandi. Calon tempatan, dikenali ramai dan mampu menang,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) bergerak di Pusat Penjaja Taman Putra Perdana, hari ini.

Sebelum ini, PN menerusi Muhyiddin berkata, gabungan itu akan meletakkan calon di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Keputusan ini dibuat kerana rundingan dengan UMNO-Barisan Nasional (BN) gagal mencapai kata sepakat.

Dalam perkembangan sama, mengulas mengenai jumlah calon wanita bagi PN, Rina berkata, perkara itu telah diserahkan kepada Muhyiddin namun jumlahnya masih belum diputuskan.

“Kita juga ada hantar nama-nama daripada PN dan kita harap akan dapat sokongan daripada semua supaya ramai lagi wakil rakyat wanita diberikan peluang dan saya yakin jika mereka diberikan peluang akan dapat menjalankan tugas dengan baik,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI