fbpx

Ramai terkedu lihat resit makan daging RM13,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Resit pesanan dan hidangan daging bahagian Tomahawk yang dipesan individu terbabit.

PETALING JAYA – ‘Kalau kami, ini harga stok makanan mungkin untuk dua tahun.

Itu antara reaksi pengguna laman sosial apabila melihat resit pesanan makanan yang berjumlah lebih RM13,000 yang dimakan oleh sekumpulan individu selepas ia tular di laman Facebook.

Berdasarkan resit pesanan tersebut, antara hidangan yang dipesan oleh individu tersebut adalah bahagian daging A5 Wagyu Tomahawk bernilai RM6,888, Wagyu Beef RM912, dan beberapa menu lain.

Lebih menarik, hidangan Tomahawk terbabit dipercayai turut disaluti Edible Pure Gold Leaf Foil atau kertas lapisan emas yang boleh dimakan pada permukaan daging tersebut.

Secara keseluruhan, hidangan yang dipesan sekumpulan individu terbabit adalah berjumlah RM13,057.90.

Susulan perkongsian tersebut, rata-rata netizen menganggap makanan tersebut adalah sangat keterlaluan ketika ramai yang hidup susah ketika zaman pandemik.

“RM13k untuk aku makan dua tahun mungkin . Sebulan beli brg dapur rm500 sahaja x 12 bulan,” tulis Putri Amylia.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Abu Garcia.

“Sekali makan sahaja dah RM13k, ini kalau bantu orang susah berapa ramai orang yang lapar boleh kenyang. Berpada-padalah dalam berbelanja,”tulisnya.

Namun, ada juga pengguna yang bersetuju dengan hidangan yang dimakan sekumpulan individu tersebut.

“Harga daging lembu wagyu semua orang tahu ia mahal, jadi tidak heranlah mereka sekali makan pun harga dah cecah ribuan ringgit. Bagi yang mampu apa salahnya makan makanan yang mahal,” kata Ika Isabell.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI