fbpx

Raducanu terus pamer aksi mengecewakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RADUCANU memberi alasan bahawa tahap fizikalnya yang belum sempurna menyebabkan dia tersingkir daripada saingan Terbuka Transylvania awal pagi semalam. – AFP

CLUJ, Romania – Pemain tenis sensasi Britain, Emma Raducanu akhirnya ditunjukkan jalan keluar pada kejohanan Terbuka Transylvania selepas tewas kepada wakil Ukraine, Marta Kostyuk dalam aksi suku akhir awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, Raducanu yang diletakkan sebagai pilihan ketiga dilihat bergelut dengan masalah prestasi selepas gagal memberikan saingan se­perti yang dijangka selepas kalah dengan keputusan straight-set 2-6, 1-6 kepada Kostyuk.

Kata Raducanu, tahap fizikalnya masih belum mencapai seratus peratus dan mungkin itu menjadi faktor utama kegagalan mempamerkan aksi yang diharap­kan pada penampilan pertama di negara kelahiran bapanya.

“Kekalahan ini seperti sudah dijangka kerana saya seperti tia­da tenaga untuk mengharungi perlawanan ini dan situasi itu dirasai sejak menjalani sesi latihan waktu pagi lagi.

Mungkin faktor kepenatan mengharungi jadual padat menjadi salah satu punca.

“Secara keseluruhan, apa yang saya hadapi sejak enam bulan lepas adalah sesuatu yang luar biasa dan tidak keterlaluan untuk saya katakan kini adalah fasa untuk menyesuaikan diri dalam memastikan momentum di luar dan di atas gelanggang dapat seimbang.

“Apa yang pasti, saya akan berusaha untuk menamatkan cabaran musim ini dengan cemerlang kerana saya bakal beraksi pada kejohanan Terbuka Linz di Austria bulan depan dan sudah tentu saya mahu membuktikan sesuatu di sana,” katanya.

Sebagai rekod, Raducanu yang merupakan atlet berdarah kacukan China-Romania sebelum ini telah mencipta sensasi tersendiri apabila menjuarai kejohanan bertaraf Grand Slam Terbuka Amerika Syarikat (AS) bulan lalu pada usia 19 tahun. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN