fbpx

Program Jiwa Murni akan diperluas selari Aspirasi Keluarga Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishammuddin beramah mesra dengan penduduk ketika melakukan lawatan kerja ke Projek Jiwa Murni di Kampung Sri Tambak, Kluang.

KLUANG. – Program Jiwa Murni (PJM) yang dilaksana Kementerian Pertahanan akan diperluas pada masa depan selari dengan Aspirasi Keluarga Malaysia yang diperkenal Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pelaksanaan PJM membawa erti mendalam khususnya kepada semua pihak terlibat.

Katanya, penglibatan warga Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam usaha ini dilihat mendapat sambutan baik dalam kalangan masyarakat.

“Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) telah digerak untuk menyelaras dan melaksana PJM bertujuan untuk membantu meringankan beban golongan asnaf dan kurang berkemampuan di kawasan dikenalpasti di seluruh negara.

“Tahun ini, sebanyak 107 PJM telah dilaksanakan di seluruh negara dengan kos keseluruhan berjumlah RM1.68 juta melibatkan kerja pembinaan baharu, baik pulih dan selenggara melibatkan kediaman individu awam, veteran ATM serta bangunan komuniti,” katanya selepas melakukan Lawatan Kerja ke Projek Jiwa Murni di Kampung Sri Tambak, di sini semalam.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd. Aziz dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk  Zamrose Mohd. Zain.

Tambah Hishammuddin, walaupun Kementerian Pertahanan dan ATM lebih menumpukan kepada aspek keselamatan dan pertahanan negara, tetapi mereka juga mempunyai tanggungjawab kepada masyarakat seperti kementerian-kementerian lain.

“Pendekatan Keluarga Malaysia seperti ini akan dapat mendekatkan anggota kita dengan masyarakat awam, dan ia merupakan sesuatu inisiatif yang saya komited untuk menterjemahkannya,” ujarnya.

Sementara itu, pemilik kediaman, Juriah Amat Saat, 81, memberitahu, dia bersyukur dan gembira kerana terpilih untuk menjadi penerima manfaat Program Jiwa Murni bagi negeri Johor.

“Saya sangat bersyukur kerana mereka datang membantu dan membaiki semua kerosakan di rumah ini, antara yang mereka baiki termasuklah zink di bumbung, lantai yang dimakan anai-anai dan juga bilik stor.

“Saya sangat berpuas hati dan berterima kasih kepada semua pihak terlibat dan saya juga berharap program seperti ini akan diteruskan pada masa depan untuk membantu lebih ramai pihak yang memerlukan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI