fbpx

PPK selesai edar benih padi sah awal bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Tarmizi (kiri) melihat bekalan benih padi sah ketika melawat Kilang Beras Seri Merbok di Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menjangkakan proses pengedaran benih padi sah (BPS) kepada pesawah oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) akan selesai sepenuhnya pada awal bulan depan.

Pengerusinya, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, sebanyak 130,338 beg BPS telah dipesan melalui PPK MADA sehingga 27 Oktober lalu.

Katanya, PPK MADA setakat ini telah menerima sebanyak 118,813 atau 91 peratus beg BPS daripada jumlah keseluruhan pesanan tersebut.

“Aktiviti pengedaran benih padi itu sedang rancak dilaksanakan di peringkat lapangan oleh PPK MADA dengan sejumlah 102,644 beg telah diedarkan kepada pesawah.

“Kita jangka pengedaran benih padi ini akan dapat diselesaikan sebelum proses penanaman pagi bagi fasa tiga berakhir pada 4 November ini,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Kilang Beras Seri Merbok Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, jumlah pesanan BPS menerusi PPK MADA adalah merangkumi hampir 20 peratus daripada keseluruhan keperluan BPS di kawasan Muda.

“Keperluan BPS bagi kawasan Muda seluas 96,558 hektar adalah sebanyak 13,518 tan metrik atau 675,906 beg BPS untuk penanaman musim 2/2021.

“Dianggarkan sebanyak 80 peratus lagi keperluan BPS itu diperoleh pesawah daripada pasaran terbuka seperti ejen dan kedai-kedai swasta,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI