fbpx

Pengundi muda jangan ulang kesilapan PRU 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani ketika sesi soal jawab pada program Moh Ngopi MESRA DUN Lubok Merbau di Kampung Padang Assam, di sini, hari ini.

KUALA KANGSAR – Pengundi muda dinasihatkan untuk tidak mengulangi kesilapan semasa Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 apabila tiada satu parti yang dominan menjadi kerajaan menyebabkan ketidaksbilan politik hingga kini.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamed berkata, ia bukanlah satu gambaran baik kerana kerajaan memerintah terumbang-ambing serta ampuh.

“Nasihat saya kepada orang muda bila mengundi jangan ikut emosi, pilihlah kerajaan yang kuat demi kebajikan kita.

“Jangan ulangi kesilapan 2018, rakyat memilih menjadikan tidak ada satu pun parti dominan menjadi kerajaan, ini merbahaya dan dalam tempoh tiga tahun kerajaan persekutuan bertukar tiga perdana menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir pada program Moh Ngopi Menteri Besar Bersama Rakyat (MESRA) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lubok Merbau di Kampung Padang Assam, di sini hari ini.

Saarani yang juga Pengerusi UMNO Perak turut berkata, kebanyakan pengundi-pengundi muda tidak mempunyai asas dalam politik selain sering mengikut trend semasa.

“Anak-anak kena buat keputusan yang betul dan waktu turun mengundi bukan sebab seronok-seronok,” katanya.

Dalam pada itu beliau turut mengucapkan taniah kepada lebih 495,000 pengundi muda di negeri ini yang telah didaftarkan secara automatik setakat ini.

“Taniah saya ucapkan kepada semua pengundi muda yang baharu sahaja didaftarkan secara automatik, ini bermakna mereka telah diberikan amanah dan kepercayaan memilih sebuah kerajaan masa depan,” ujarnya.

Semalam media melaporkan, Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengesan 495,150 pengundi di Perak berusia 18 tahun dan ke atas akan mengundi untuk kali pertama pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI