fbpx

Peluang untuk wanita bangkit berniaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RINA (tiga dari kanan, belakang) bersama sebahagian daripada usahawan jutawan yang akan terlibat dalam program Wanita Bangkit Berniaga nanti.

SHAH ALAM – Program Wanita Bangkit Berniaga bakal berlangsung selama tiga hari bermula 26 November ini bagi menyediakan peluang untuk golongan wanita mendapat bimbingan seterusnya memulakan perniagaan masing-masing.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks International), Radz Mohd. berkata, program tersebut bakal memberikan peluang kepada peserta memilih produk atau perkhidmatan yang ditawarkan pemilik dan pengasas perniagaan yang terlibat nanti.

Menurutnya, peserta dapat memulakan bisnes melalui sistem dropship atau ejen dengan modal yang rendah malah ada juga percuma.

“Peserta akan mengetahui bagaimana usahawan jutawan di bawah bimbingan RichWorks International mampu membina bisnes berjaya daripada kosong hingga ke tahap hari ini.

“Mereka ini terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti keluarga susah, suri rumah, ibu tunggal, profesional dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

RADZ MOHD. (dua dari kiri) memberi penerangan mengenai program Wanita Bangkit Berniaga yang bakal berlangsung bermula 26 November ini.

Program Wanita Bangkit Berniaga yang mana 100 peratus percuma ini dan telah dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Mohd. Harun merupakan kolaborasi strategik RichWorks International bersama Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).

Radz menjelaskan, peserta dalam program itu dapat menyedari potensi dan perubahan yang boleh mereka lakukan melalui pengalaman sebenar usahawan jutawan.

“Semua ini dapat dilihat berdasarkan bukti yang berjaya dihasilkan daripada latihan dan bimbingan keusahawanan diberikan RichWorks bersama Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman sejak 2008 lagi.

“Hasilnya, pelbagai jenama di negara seperti Nurraysa, Sabella, Faith Fleur, Noir, Eskayvie dan banyak lagi yang lahir daripada ‘institusi pendidikan’ keusahawan RichWorks,” ujarnya.

Tambah Radz, golongan wanita rajin menimba ilmu dan lebih 50 peratus peserta yang menyertai program RichWorks merupakan wanita.

Untuk keterangan lanjut dan pendaftaran, orang ramai terutama golongan wanita boleh melayari laman web www.wanitabangkitberniaga.com. -K! ONLINE

Pautan Program Wanita Bangkit Berniaga: https://wanitabangkitberniaga.com/

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI