fbpx

Pelacur curi BMW pelanggan kerana ditolak melakukan hubungan seks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Whyte mengaku bersalah kerana mencuri kenderaan pelanggannya pada 23 Mac tahun lepas. - Alasdair Baird

LONDON – Seorang pekerja seks bertindak mencuri kereta jenis BMW milik seorang pelanggannya selepas lelaki itu mengubah fikiran dan enggan menggunakan khidmatnya, lapor akhbar Daily Star semalam.

Jennifer Whyte dikenakan hukuman tertunda berstruktur selama tiga bulan, namun diberi amaran bahawa dia masih boleh dipenjarakan kerana mencuri kereta.

Whyte melakukan perbuatan itu bersama seorang lelaki, David Donald yang ‘melindungi’ wanita berkenaan semasa dia melakukan hubungan seks pelanggan.

Donald bagaimanapun dipenjarakan selama 13 bulan kerana telah melakukan jenayah serangan dan rompakan.

Whyte mencuri kereta pelanggannya selepas lelaki itu memberitahu bahawa dia mengubah fikiran selepas wanita itu tiba di rumahnya.

Donald kemudiannya mengikut Whyte ke dalam kediaman pelanggannya dan memaksa mangsa untuk memindahkan wang kepada akaun bank miliknya.

Mahmakah turut difahamkan bahawa Whyte sebelum ini pernah memberikan perkhidmatan seks kepada mangsa.

Selepas mangsa memberitahu dia tidak mempunyai wang untuk dibayar kepada Whyte, Donald masuk ke dalam kediaman lelaki itu dan mengugutnya.

Pasangan itu kemudiannya beredar dari situ selepas menerima wang daripada mangsa namun, mangsa kemudiannya menyedari bahawa kunci keretanya telah hilang kerana dicuri. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI