fbpx

Nelayan digalak ceburi bidang usahawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh (empat dari kanan) menyampaikan replika cek kepada salah seorang penerima di Kompleks Perikanan LKIM Kuala Selangor, hari ini

KUALA SELANGOR – Para nelayan digalakkan berinovasi dan berani mencuba menjadi salah seorang usahawan di negara ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, ini termasuk usahawan bidang pelancongan khususnya di daerah ini yang kaya tempat dengan tempat-tempat menarik.

Katanya, ini sekaligus mampu memaksimakan keuntungan dan memperbaiki taraf kehidupan mereka.

“Kuala Selangor sentiasa dilawati pelancong dari dalam dan luar negeri, jadi nelayan perlu ambil kesempatan ini.

“Mereka boleh membawa pelancong yang memancing di sekitar sungai ini menggunakan bot mereka, jadikan mereka bot berhias dan lain-lain cabang keusahawanan,” katanya hari ini.

Beliau terdahulu merasmikan Road To Jubli Emas 50 tahun Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) peringkat Selangor di Kompleks Perikanan LKIM Kuala Selangor, di sini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI