PETALING JAYA – Setiap wanita yang mengandung pasti akan mengalami alahan, ada alahan yang teruk dan juga alasan biasa sebagai ibu mengandung.
Kebiasaanya, alahan yang diketahui umum adalah seperti muntah atau mual (morning sickness), tidak boleh bau badan suami sendiri, tidak suka bau wangian dan sebagainya.
Namun berbeza pula alahan yang dialami oleh seorang wanita dikenali sebagai Cik Nur Ain apabila wajahnya berubah menjadi kedutan teruk seperti seorang wanita berusia.
Menerusi perkongsian di laman Facebook, Nur Ain berkata, kejadian tersebut berlaku ketika dia mengandung anak keduanya sebelum ini.
“Pembawakan ‘baby’ adalah betul kawan-kawan. Gambar yang muka macam nenek muka masa mengandung semasa 9 sembilan bulan semasa dalam perjalanan untuk pergi bersalin.
“Doakan saya kuat,sebenarnya sejak mengandung malu sangat orang ajak bergambar lapan tahun jarak nak dapat anak nombor dua, tapi sekali mengandung muka berubah.
“Tapi tak semua orang dapat pengalaman macam ni, paling seronok kat mana-mana rasa orang ‘care’ sangat pasal aku sebab kesian,” katanya di laman Facebook.
Menurut Nur Ain, dia juga tidak terlepas dengan ‘mulut jahat’ yang mendakwa muka dia kena sumpahan la, muka excident la, ada yang sampai tak nak mengandung takut jadi macam ni.
Bagaimanapun katanya, hanya satu yang dia harapkan iaitu semoga kulit muka kembali seperti biasa.
“Terima kasih suami, Zakie Ramly tak jemu puji isteri dia cantik, sikit pun tak pernah nak cakap apa-apa yang bukan-bukan. Selalu bagi semangat kalau diri ini rasa ‘down’.
Susulan perkongsian Nur Ain itu, rata-rata pengguna laman sosial bersimpati dengan kejadian yang menimpanya dan mereka mendoakan agar wanita itu cepat sembuh dan kulit mukanya dapat kembali ke bentuk asal.
“Dugaan masing-masing waktu mengandung, semua ibu tak sama, macam saya masa mengandung ok, takde muntah2.
“Cuma air ketuban banyak, perut meloyot ke bawah. Lepas bersalin kena ‘hyper pigmentation’. Bertabahlah kita ibu-ibu semua,”tulis Siti Kamsiah Mohd Ali di ruangan komen.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Rafidah Rahmat.
“Semoga baik-baik sahaja sis. Semoga Allah bagi ganjaran atas segala kesabaran dan pengorbanan sis,” katanya.-K! ONLINE