fbpx

Mangsa banjir di Kedah meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi memindahkan mangsa banjir di Pendang semalam. Foto APM PENDANG GAMBAR HIASAN

ALOR SETAR – Mangsa banjir di negeri ini terus meningkat apabila seramai 446 mangsa daripada 139 keluarga kini ditempatkan di 10 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Baling, Pokok Sena dan Pendang.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd. Muaz Mohd. Yusof berkata, sebanyak tujuh PPS dibuka di Baling, dua di Pokok Sena dan satu di Pendang sejak 24 Oktober lalu sehingga pukul 8 pagi ini.

Kata beliau, tiga PPS dibuka di Baling semalam iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Putera, SK Pulai dan SK Keda.

“Seramai 124 mangsa daripada 42 keluarga ditempatkan di PPS SK Pulai, 26 mangsa daripada lapan keluarga di PPS SK Tengku Putera dan 24 lagi mangsa daripada 10 keluarga di PPS SK Keda.

“Selain itu, empat PPS di Baling yang masih kekal iaitu PPS SK Tanjung Pari, PPS SK Siong, PPS Banggol Derom dan PPS Titi Gantung mencatatkan penurunan mangsa iaitu 60 mangsa daripada 20 keluarga berbanding semalam 102 mangsa daripada 29 keluarga,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muaz berkata, di Pendang pula terdapat pertambahan mangsa iaitu seramai 141 mangsa daripada 36 keluarga di PPS Dewan Rakan Sukan, Tanah Merah berikutan hujan lebat dan limpahan air sungai masih berterusan pada semalam.

“Dua lagi PPS yang dibuka pada semalam ialah di Pokok Sena iaitu PPS Surau Permatang yang menempatkan 35 mangsa daripada 10 keluarga dan PPS Masjid Sungai Durian seramai 59 mangsa daripada 17 keluarga.

“Kesemua mangsa dalam keadaan selamat dan operasi pemantauan akan diteruskan berikutan keadaan cuaca masih tidak menentu,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI