fbpx

KWAP hargai usaha kerajaan ambil kira keperluan pesara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA –  Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) menghargai usaha kerajaan yang terus menyokong rakyat dan perniagaan dengan menyediakan bantuan kewangan dan bantuan fiskal bagi menjadikan  Malaysia kekal berdaya tahan dalam jangka panjang terutamanya dalam mengambil kira keperluan pesara.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nik Amlizan Mohamed berkata, dana persaraan semestinya mengalu-alukan usaha kerajaan untuk mengutamakan rakyat.

“Kami sungguh terharu dengan Bajet 2022, sebagai sebuah negara, kita mesti bangkit melawan arus dan menyokong Keluarga Malaysia.

“Adalah jelas disebabkan kesan pandemik, kita perlu melaksanakan penyelesaian yang bermakna bagi menyokong pemulihan ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebagai pelabur utama dalam korporat Malaysia, KWAP mendapat inspirasi daripada fakta bahawa kriteria alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat (ESG) menjadi tumpuan utama untuk memastikan syarikat melangkah bagi mencapai amalan terbaik dalam bidang ini.

“Bagi tujuan ini, dalam bidang ESG dan menggalakkan keterangkuman, sememangnya patut dipuji bahawa semua syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dikehendaki melantik sekurang-kurangnya seorang wanita dalam lembaga pengarah mereka,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI