fbpx

Kedai tayar, 4 kenderaan musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kedai tayar di Bandar Bukit Puchong musnah dalam kebakaran semalam.

PUCHONG – Sebuah kedai tayar musnah 80 peratus dalam kebakaran di Bandar Bukit Puchong semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, kebakaran turut melibatkan empat buah kenderaan yang berada di dalam kedai tersebut.

“Kita menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.35 malam sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong, BBP Cyberjaya, BBP Subang Jaya dan BBP Petaling Jaya bersama beberapa jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah kedai tayar jenis teres dua tingkat yang musnah 80 peratus dan empat buah kenderaan jenis Toyota Avanza, Audi Q7, Proton Saga serta sebuah lori yang musnah 90 peratus,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kebakaran berjaya dipadam kira-kira dua jam kemudian dan tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.

“Punca dan kerugian akibat kebakaran tersebut masih dalam siasatan,” ujarnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI