fbpx

JDT terus dominasi Kumpulan D

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAZWAN (kiri) meledak satu gol ketika JDT menewaskan Sabah 2-0 pada aksi Kumpulan D Piala Malaysia di Stadium Likas kelmarin. – FB JOHOR SOUTHERN TIGER

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) meneruskan aksi cemerlang dalam saingan Piala Malaysia 2021 apabila melakar kemenangan ketiga selepas menewaskan Sabah 2-0 pada aksi Kumpulan D di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam kelmarin.

Dua gol menerusi Ahmad Haz­wan Bakri serta pemain import, Gonzalo Cabrera memastikan skuad kendalian Benjamin Mora itu semakin selesa menerajui saingan peringkat kumpulan de­ngan sembilan mata.

Beraksi di hadapan penyokong yang kembali dibenarkan mema­suki stadium, Mora mengakui perlawanan menjadi lebih menarik, selain berpuas hati dengan keputusan serta corak permai­nan ditampilkan barisan pemainnya.

“Sangat gembira untuk me­nyaksikan penyokong kembali ke stadium kerana ia menjadikan perlawanan bertambah menarik. Saya puas hati dengan keputusan serta prestasi yang ditampilkan pemain-pemain pada malam ini (kelmarin).

“Semua pemain menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan baik terutama ketika memegang bola serta memberi tekanan terhadap pasukan lawan. Mereka tunjukkan aksi agresif sepanjang permainan,” katanya selepas tamat perlawanan.

Pada masa sama, jurulatih dari Mexico itu turut memuji peningkatan prestasi ditunjukkan Sabah selepas diambil alih bekas pe­ngendali skuad bola sepak kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee.

“Sabah adalah pasukan yang mampu untuk berikan cabaran kepada lawan mereka. Pemain-pemain senior mereka memiliki pengalaman untuk atur permai­nan serta menembusi benteng pertahanan lawan.

“Saya percaya Sabah ada peluang untuk meningkat dengan tunjuk ajar daripada Datuk Ong Kim Swee. Beliau seorang jurulatih yang sangat berpengalaman dan mampu untuk membawa Sabah kembali ke prestasi sebenar,” ujar beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI