fbpx

JAIS umum ketetapan baru jemaah solat Jumaat esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan mengumumkan beberapa ketetapan baharu termasuk berkaitan jumlah jemaah solat Jumaat di masjid dan surau kebenaran esok.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, pihaknya menjunjung titah kenyataan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai perkara itu hari ini.

Katanya, edaran berhubung ketetapan berkenaan akan dimaklumkan kepada institusi bawah kawalan JAIS yang terlibat.

“Ketetapan baharu itu termasuk jumlah  jemaah solat Jumaat, solat Fardhu lima waktu dan aktiviti pengimarahan.

“Selain itu, ia melibatkan ketetapan upacara akad nikah dan urusan jenazah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd. Shahzihan, siaran media mengenai perkara itu turut akan dikeluarkan serentak esok.

Kosmo! Online terdahulu melaporkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya jumlah ketetapan jemaah dinaikkan bagi solat Jumaat di semua masjid dan surau di negeri ini.

Ini termasuk Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini boleh menerima kehadiran sehingga 3,500 jemaah berbanding 2,000 orang ketika ini. -K!ONLNE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI