fbpx

Inovasi pelajar SMK Chukai menang pertandingan antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Nasharuddin (tengah) dan dua lagi rakannya menunjukkan produk Analisa Peratusan Oksigen yang memenangi pertandingan rekacipta anjuran Yayasan Pendidikan Microbit baru-baru ini di SMK Chukai, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Tiga pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai di sini mengharumkan nama negara apabila muncul juara bagi pertandingan rekacipta antarabangsa, Do Your: Bit Challenge yang diumumkan baru-baru ini.

Pengetua SMK Chukai,Tengku Shahrir Tengku Dahlan berkata, ciptaan Analisa Peratusan Oksigen oleh tiga pelajar, Ahmad Nasharuddin Anua; Mifzal Haziq Mazelan dan Muhammad Amiruddin Amar berjaya menewaskan lebih 400 penyertaan lain daripada negara Asia-Pasifik.

“Pertandingan anjuran Yayasan Pendidikan Microbit itu menyasarkan penciptaan inovasi menggunakan mikrobit (komputer kecil) yang memberi impak positif kepada manusia dalam kalangan generasi muda.

“Peserta perlu mahir melakukan pengaturcaraan komputer. Pertandingan ini dilaksana secara maya dari bulan April hingga Julai lalu sebelum keputusannya diumumkan baru-baru ini,” katanya di sini hari ini.

Tengku Shahir berkata, ini kali pertama Malaysia muncul juara dalam pertandingan yang menyasarkan remaja berusia 15 hingga 18 tahun itu menerusi penyertaan tiga pelajar sekolahnya.

Sementara itu, Ahmad Nasharuddin menerangkan produk inovasi mereka berfungsi mengesan kadar penurunan oksigen disebabkan aktiviti pembalakan di kawasan hutan.

Dia berkata, alatan itu bertujuan membantu memudahkan Jabatan Perhutanan atau pihak berkaitan bagi mengesan aktiviti pembalakan tidak terkawal. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN