fbpx

Rafffi Ahmad beri RM14,597 hadiah kahwin sahabat baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAFFI Ahmad menunaikan janjinya kepada Jessica (kanan) apabila memberi wang tunai kepada pelakon itu sebagai hadiah perkahwinannya.

JAKARTA – Pengacara popular Indonesia, Raffi Ahmad memberikan wang tunai sebanyak 50 juta rupiah (RM14,597) sebagai hadiah perkahwinan kepada sahabatnya, aktres Jessica Iskandar.

Pendedahan tersebut dibuat Jessica menerusi InstaStory dengan memuat naik tangkap layar pemindahan wang 50 juta rupiah dalam akaunnya daripada Raffi.

“For your wedding gift,” tulis Raffi ketika menghantar bukti pemindahan wang kepada Jessica.

Menurut Jessica, Raffi sebelum ini pernah berjanji untuk memberikannya wang sebanyak 50 juta rupiah sebagai hadiah perkahwinannya.

Malah janji yang dibuat Raffi sempat dirakam dan siarkan dalam saluran YouTubenya, Rans Entertainment.

“Kamu mahu nikah ya? Aku doakan ya. Mahu beri hadiah apa buat kamu?” soal Raffi.

Jessica yang juga seorang penyanyi secara terang-terangan meminta hadiah berupa wang daripada Raffi.

“Okey, aku beri 50 juta rupiah buat hadiah perkahwinan kamu. Ini bukan wang sumbangan, tetapi hadiah perkahwinan,” kata Raffi dalam video berkenaan.

Bintang filem Dealova itu melangsungkan perkahwinan dengan model dan pengacara, Vincent Verhaag pada 22 Oktober lalu di sebuah hotel mewah di Jakarta, Indonesia.

Terdahulu Raffi pernah mengejutkan peminat apabila mendedahkan memberi wang belanja sebanyak 200 juta rupiah (RM58,391) sebulan kepada isterinya, Nagita Slavina. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI