fbpx

Esha Gupta pernah dibuli pengarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ESHA GUPTA

AKTRES Esha Gupta mendedahkan bahawa dia pernah lari meninggalkan set penggambaran sebuah filem selepas dibuli seorang pengarah.

Ujar pelakon itu, dia dibuli kerana didakwa datang lewat ke set penggambaran. Walhalnya menurutnya, pada ketika itu dia datang tepat mengikut waktu yang ditetapkan untuk menjalani penggambaran.

Gara-gara dituduh lewat dan dibuli dengan teruk, Esha akhirnya mengambil keputusan meninggalkan set penggambaran filem tersebut begitu sahaja.

“Saya tidak merajuk. Tetapi saya tidak tahan lagi diperlakukan sebegitu. Saya berada di pihak yang benar dan tidak kembali ke set penggambaran selama dua hari sehingga pengarah tersebut meminta maaf kepada saya,” ceritanya.

Ujar pelakon yang pernah membintangi filem Raaz 3D itu, kejadian dia dibuli oleh pengarah bukanlah kali pertama terjadi dalam hidupnya.

“Saya selalu dibuli kerana mungkin orang lain menganggap saya seorang yang lemah. Saya tidak boleh lagi berdiam diri dan perlu bersuara,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI