PUTRAJAYA – Seramai 4.8 juta individu bujang mendapat manfaat daripada Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang diumumkan melalui pembentangan Bajet 2022 pada Jumaat lalu.
Kementerian Kewangan (MOF) menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, jumlah penerima bujang itu membabitkan seramai satu juta penerima warga emas bujang dan 3.8 juta penerima bujang.
Menurutnya, secara keseluruhan, seramai 9.6 juta penerima layak menerima BKM membabitkan peruntukan kewangan berjumlah RM8.2 bilion.
“BKM 2022 akan memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan RM8.2 bilion iaitu peningkatan berbanding 8.6 juta penerima dengan peruntukan RM7 bilion di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) pada tahun 2021.
“BKM 2022 telah ditambah baik supaya kumpulan yang benar-benar terkesan, diberi lebih tumpuan,” katanya. -K! ONLINE