fbpx

Tae-yeon mahu sentiasa dirindui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAE-YEON

ANGGOTA kumpulan Girl Generation, Tae-yeon berjanji untuk terus menghasilkan pelbagai karya terbaik kepada peminat selagi bergelar anak seni.

Menerusi sebuah temu bual bersama program televisyen baru-baru ini, Tae-yeon ditanya mengenai aspirasi yang menyebabkan dirinya terus berada dalam industri.

“Pada masa akan datang, saya mahu menjadi seorang yang senantiasa dirindui dan sentiasa dicari orang.

“Saya juga mahu jadi satu-satunya artis yang berjasa melalui karya bermutu yang saya hasilkan. Bukan sekadar karya semata-mata,” katanya.

Pada masa sama, Tae-yeon atau nama sebenarnya Kim Tae-yeon, 32, turut ditanya, apakah kekuatan yang dipegangnya sebagai penyanyi hingga ke hari ini.

“Saya mendengar ramai orang terhibur dengan muzik dan apa sahaja yang berkaitan dengan kerjaya seni saya.

“Jujur saya katakan, peminat adalah penggerak yang membolehkan saya terus menghasilkan lagu, karya seni dan mengapa saya masih menjadi penghibur hingga kini.

“Saya bergerak perlahan-lahan untuk mereka yang menunggu dan masih menantikan muzik serta karya seni saya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI