fbpx

Tabika Kemas bakal jalani transformasi digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahdzir (kanan) mengambil peluang beramah mesra dengan guru dan pelajar Tabika Kemas pada majlis berkenaan, hari ini.

ALOR SETAR – Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan melaksanakan Pelan Transformasi Digital Pendidikan Awal Kanak-Kanak di 11,000 Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Kemas di seluruh negara, tahun hadapan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pelan transformasi digital itu diharap menjadi aspirasi pembangunan bakat digital kanak-kanak di Tabika Kemas.

Katanya, usaha itu dijangka memberi manfaat kepada hampir 200,000 pelajar di Tabika Kemas pada masa akan datang.

“Pelan ini merangkumi beberapa strategi antaranya memperluaskan pembekalan peralatan digital seperti televisyen pintar, komputer dan akses internet bagi mewujudkan persekitaran digital Tabika Kemas.

“Pelan itu juga akan memperkasakan pembangunan kandungan bahan pengajaran dan pembelajaran digital melalui kerjasama strategik pelbagai pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Hari Potensi Tabika Kemas Peringkat Kebangsaan di Hotel Raia, di sini hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya Mahdzir berkata, terdapat beberapa perkara yang perlu diusahakan bagi memastikan pelan tersebut terlaksana antaranya melalui capaian internet yang baik termasuk di kawasan luar bandar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI