fbpx

Saya bukan buka pekung sendiri – Lil J

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAKAT baharu, Lil J berkolaborasi bersama Ara Johari menerusi single Keliru.

PETALING JAYA – Tiada niat cetus gimik, sebaliknya pengakuan bakat baharu, Lil J, 22, mengenai kemurungan dihadapi yang berpunca daripada kehilangan kasih bapa adalah bagi menyuntik kesedaran.

Katanya, pendedahan tersebut yang disifatkan tabu bagi segelintir individu diharap dapat membantu insan senasib untuk segera mendapatkan bantuan berbanding memendam perasaan sehingga kesihatan mental memburuk.

“Mungkin ramai yang tak tahu, saya telah kehilangan figura seorang bapa sejak kecil hingga terdapat ruang kosong dalam hati yang tak mungkin dapat diisi sesiapa.

“Agak peribadi untuk saya dedahkan tetapi mereka yang pernah melalui pengalaman sama pasti mengerti apa yang cuba saya kongsikan.

“Pada masa sama, saya yakin masih ramai di luar sana yang skeptikal mengenai pendedahan kisah keluarga selain menyangkanya sebagai cubaan mendedahkan pekung sendiri.

“Dalam keadaan begini, saya harap semua faham perkongsian yang saya lakukan adalah untuk membantu insan senasib,” ujar pemilik nama penuh Rvijay Raj itu.

Lil J berkongsi luahan pengalaman hidupnya yang digarap menerusi lagu berjudul Keliru yang juga hasil duet dengan teman sebumbung di Rocketfuel Entertainment, Ara Johari.

Namun situasi negatif yang melanda kehidupan bertukar manis apabila meraih perhatian komposer dan ikon hiphop, Malique bersama Siqma yang menawarkan kolaborasi menghasilkan single.

“Saya terkejut apabila dimaklumkan Siqma menyuarakan hasrat untuk bekerjasama selepas mengikuti sesi siaran langsung dalam media sosial saya dan Ara berkongsi mengenai tekanan perasaan.

“Ditambah dengan kesediaan Mr. General (Malique) yang turut memaklumkan mereka mempunyai material yang sesuai dengan situasi saya lalui.

“Sudah tentu peluang sebegini sukar ditolak sekali gus menjadi satu penghormatan buat saya dan Ara apabila dapat menyanyikan lagu komposer hebat.

“Apabila masuk studio dan membawakan dendangan itu sepenuh hati dengan ditemani Ara, saya dapat hayati kerana lagu ini mendedahkan emosi seperti saya alami,” kongsinya lagi.

Sementara itu, penyanyi merangkap pencipta lagu berusia 22 tahun itu meluahkan rasa terharu apabila Ara, penyanyi yang dikenalinya sejak lima tahun lalu itu tampil membantu tanpa dipinta.

“Ketika berdepan emosi yang tenggelam timbul, saya mula menyendiri dan kemudian lari daripada media sosial membuatkan Ara yang peka menghubungi saya.

“Dari situ timbul idea supaya saya bertemu peminat secara maya untuk sesi berkongsi cerita. Sejak itu, emosi saya bertambah baik dan hikmah di sebaliknya adalah kolaborasi dengan Ara, Malique serta Siqma.

“Idea di sebalik single ini datangnya daripada saya sendiri. Sudah lama saya pendam hasrat untuk menceritakan pengalaman hidup sewaktu membesar dan masalah yang saya lalui melalui sebuah lagu,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI