fbpx

Robot jadi ‘barista’ di kafe kopi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Robot barista ini dilengkapi teknologi AI yang mampu memberikan maklumat berkenaan kopi yang disaji. -Otten Coffee

JAKARTA – Sebuah kafe di Bandung menampilkan kelainan apabila menggunakan khidmat robot dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menyajikan dan melayan pelanggan yang datang, lapor laman berita Suara.com.

Robot barista yang digelar OttenMatic itu bertugas untuk menyajikan kopi bertaraf antarabangsa dengan menggunakan teknologi terbaharu.

Ia diwujudkan sebagai satu bentuk penyesuaian pemilik premis di tengah-tengah wabak Covid-19.

“Kehadiran OttenMatic ini memudahkan orang ramai untuk menikmati kopi bermutu dengan kontak yang terhad untuk mematuhi peraturan kesihatan Covid-19,” kata pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Otten Coffee, Jhoni Kusno.

OttenMatic merupakan perintis industri kopi robotik di Indonesia. 

Robot itu juga turut dilengkapi kemampuan rangsangan yang mampu mengesan jenis kopi yang diproses.

Ia juga mampu memberikan maklumat mengenai proses membuat kopi termasuk kaedah memanggang biji kopi, penggunaan alatan dan turut mampu menghidu aroma kopi yang sedang disediakan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI