KLANG – Seorang penyelam dilaporkan hilang selepas melakukan aktiviti selaman di perairan Pulau Selat Kering, semalam.
Mangsa dikenali Roslan, 45, disedari hilang pukul 11.40 pagi oleh empat rakannya yang turut melakukan selaman.
Pengarah Maritim Malaysia (APMM) Selangor, Kepten Maritim Mohd. Rosli Kassim berkata, usaha pencarian kemudiannya dilakukan rakan-rakan mangsa namun bot yang mereka naiki telah mengalami kerosakan.
Katanya, pihaknya yang menerima maklumat menemui bot mereka di tepi pantai Pulau Ketam namun tidak dapat merapat berikutan keadaan air yang surut.
“Bot mangsa berjaya dibaiki pukul 6.20 petang semalam oleh bot daripada Royal Yacth Club sebelum dibawa pulang ke Jeti Yacth Club.
“Operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) yang diteruskan pukul 7 pagi ini dengan mengatur gerak Kapal Maritim (KM) DANGA dan bot Kilat 20 dan saha pencarian mangsa masih teruskan sehingga kini.,” katanya dalam kenyataan hari ni. -K!ONLINE