ALOR SETAR – Seorang mangsa dilaporkan terperangkap di tingkat atas rumahnya di Kampung Rotan, Mukim Jabi dekat sini berikutan banjir kilat pada petang tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 5.34 petang.
Katanya, mangsa terperangkap berikutan paras air di kawasan tersebut mencecah dua meter.
“Mangsa telah diselamatkan pihak bomba dengan bantuan bot penyelamat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurutnya, seramai 16 lagi mangsa dari tiga buah rumah di kampung tersebut dipindahkan ke kawasan selamat.
“Setakat ini 27 mangsa dari Kampung Machang Kudung dan Kampung Kotan telah diselamatkan dan operasi pemantauan dan menyelamat masih dijalankan,” ujarnya. – K! ONLINE