fbpx

‘Long, pulanglah ke rumah, mak rindu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN RAHIMAH memohon anaknya agar segera pulang selepas hilang sejak setahun lalu.

MACHANG – Seorang ibu tidak pernah berputus harapan mencari anak sulungnya yang hilang tanpa khabar berita selepas keluar dari rumah di Rawang, Se­langor hampir setahun lalu.

Mohd. Shahddan Mohd. Suhaimi, 33, dilaporkan keluar rumahnya pada 23 November tahun lalu untuk beli makanan sebelum langsung tidak pulang ke rumah.

Ibunya, Wan Rahimah Abd. Rahman, 54, anak lelakinya itu keluar tanpa membawa sebarang dokumen pengenalan diri dan telefon bimbit.

Ujarnya, sejak kejadian itu, dia sudah tidak pulang ke rumah keluarga di Rawang dan juga kampung halamannya di Taman Ella di sini.

“Saya amat berharap Mohd. Shahddan pulang ke pangkuan keluarga kerana kami semua merinduinya. Pulanglah Long, mak rindu.

“Saya tidak boleh melihat barangan peribadinya seperti baju dan kasut yang ­ditinggalkan di rumah kami. Melihat barangan itu, saya menjadi sebak,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Taman Ella di sini.

MOHD. SHAHDDAN

“Kali terakhir kami dapat maklumat, dia berada di Klang, namun masih gagal menemui­nya,” katanya.

Wan Rahimah memberitahu, isteri Mohd, Sahahddan iaitu Norasyikin Hassan juga menanti kepulangan suaminya itu setiap hari.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau bertemu dengan Mohd. Shahddan, boleh menghubung Wan Rahimah di talian 011-1546 5400 atau memaklumkan kepada balai polis yang berdekatan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI