fbpx

Klausa kontrak tidak munasabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA nama besar yang mempunyai klausa perpindahan tinggi dalam kontrak ialah Messi bernilai €700 juta (RM3.36 bilion) sebelum ia tamat dan menyertai PSGrmain secara percuma.

KLAUSA perpindahan biasanya tidak banyak membantu pemain apabila berhadapan situasi dalam rundingan kontrak tetapi bagi sesetengah negara seperti Sepanyol, ia amat penting untuk kelangsungan kelab.

Disebabkan itu, kesemua pasukan La Liga di Sepanyol wajib meletakkan syarat klausa perpindahan dalam kontrak pemain-pemainnya seperti ketika Chelsea membeli Kepa Arrizabalaga daripada Athletic Bilbao pada 2018.

Chelsea ketika itu memilih untuk mengaktifkan klausa perpindahan dalam kontrak Arriza­balaga yang bernilai £71 juta (RM405.21 juta).

Perkara sama juga dilakukan oleh juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City apabila mengaktifkan klausa kontrak Jack Grealish awal musim ini.

Antara nama-nama besar yang mempunyai klausa perpindahan tinggi dalam kontrak mereka adalah Lionel Messi bernilai €700 juta (RM3.36 bilion) sebelum ia tamat dan menyertai Paris Saint-Germain secara percuma.

Ruangan Kolum Fakta ­Sukan Kosmo! minggu ini menyenaraikan lapan pemain yang mempunyai klausa perpindahan antara tertinggi di dunia dan masih lagi aktif ketika ini.

ANSU FATI

Umur: 19 tahun
Negara: Sepanyol
Posisi: Penyerang
Kelab: Barcelona
Gaji tahunan:
€3.79 juta (RM18.25 juta)
Klausa perpindahan:
€1 bilion (RM4.81 bilion)

Ringkasan:
BARCELONA memandang tinggi potensi Fati yang disebut-sebut sebagai penerus legasi Lionel Messi dengan menawarkan kontrak baharu menyaksikan dia kekal di Stadium Camp Nou sehingga 2027.

Secara keseluruhan, Fati yang kini menggunakan jersi No. 10, telah menjaringkan 15 gol daripada 45 perlawanan bersama Barcelona sejak dinaikkan pangkat daripada Akademi La Masia pada 2019.

LUKA MODRIC
Umur: 36 tahun
Negara: Croatia
Posisi: Tengah
Kelab: Real Madrid
Gaji tahunan:
€9.36 juta (RM45.07 juta)
Klausa perpindahan:
€750 juta (RM3.61 bilion)

Ringkasan:
MODRIC adalah antara jeneral tengah yang paling konsisten dalam sejarah Real sejak berhijrah dari Tottenham Hotspur pada 2012 dengan keseluruhan telah membuat 400 penampilan untuk semua kejohanan.

Kapten Croatia ini juga merupakan individu pertama yang memecahkan penguasaan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi bagi Anugerah Ballon d’Or sejak 2008 apabila dinobatkan sebagai pemenang pada edisi 2018.

DAVID ALABA
Umur: 29 tahun
Negara: Austria
Posisi: Pertahanan
Kelab: Real Madrid
Gaji tahunan:
€12 juta (RM57.78 juta)
Klausa perpindahan:
€850 juta (RM4.09 bilion)

Ringkasan
ALABA sangat beruntung kerana dilaporkan menerima gaji mingguan berjumlah €447,147 (RM2.15 juta) selama lima tahun di Santiago Bernabeu selepas menyertai Real secara percuma dari Bayern Munich musim ini.

Los Blancos turut meletakkan klausa perpindahan tinggi bernilai €850 juta (RM4.09 bilion) dalam kontrak Alaba walaupun kapten Austria itu sudah berusia 29 tahun.

VINICIUS JUNIOR
Umur:
21 tahun
Negara: Brazil
Posisi:
Pemain sayap
Kelab:
Real Madrid
Gaji tahunan: €12.11 juta
(RM58.31 juta)
Klausa
perpindahan:
€700 juta
(RM3.37 bilion)

Ringkasan:
VINICIUS pernah dilabel sebagai bahan ketawa oleh para penyokong Real tetapi kini tidak lagi apabila dianggap antara pemain paling menyerlah musim ini dengan lima gol daripada sembilan aksi La Liga.

Tiada siapa menjangka Real berani meletakkan klausa perpindahan tinggi bernilai €700 juta (RM3.37 bilion) ketika membeli Vinicius dari kelab Brazil, Flamengo dengan harga bernilai €46 juta (RM221.32 juta) pada 2017.

Menariknya, ia adalah perpindahan kedua termahal dalam sejarah bola sepak Brazil selepas Neymar menyertai Barcelona dengan harga €57.1 juta (RM274.73 juta) pada 2013.

ANTOINE GRIEZMANN
Umur: 30 tahun
Negara: Perancis
Posisi: Penyerang
Kelab: Atletico Madrid
Gaji tahunan:
€30 juta (RM144.44 juta)
Klausa perpindahan:
€800 juta (RM3.85 bilion)

Ringkasan:
WALAUPUN mempunyai klausa perpindahan yang ­tinggi, ­namun Barcelona dikatakan bakal mengalami kerugian hampir €60 juta (RM288.89 juta) daripada nilai asal €120 juta (RM577.78 juta) ketika membeli Griezmann.

Krisis kewangan yang sedang dialami Barcelona menyebabkan kelab The Catalan itu terpaksa bersetuju meminjamkan Griezmann kepada bekas pasukannya, Atletico Madrid dengan pilihan untuk membelinya secara tetap pada 2023.

KARIM BENZEMA
Umur: 34 tahun
Negara: Perancis
Posisi: Penyerang
Kelab: Real Madrid
Gaji tahunan:
€8 juta (RM38.52 juta)
Klausa perpindahan:
€1 bilion (RM4.81 bilion)

Ringkasan:
TIADA siapa menjangka Benzema adalah salah seorang pemain paling lama berada dalam skuad Los Blancos apabila mengharungi musim ke-13 sejak berhijrah dari Lyon pada 2009. Penyerang skuad antarabangsa Perancis itu memainkan peranan sebagai mesin peledak utama Real sejak penghijrahan Cristiano Ronaldo pada 2018.

Sebagai rekod, Benzema cuma kekurangan 10 gol lagi untuk menjaringkan 300 gol apabila kini sudah mengumpul 290 koleksi jaringan daripada 571 penampilan dalam semua kejohanan bersama Real.

BRAHIM DIAZ
Umur: 22 tahun
Negara: Sepanyol
Posisi: Penyerang
Kelab: AC Milan
Gaji tahunan: €5.92 juta (RM28.50 juta)
Klausa perpindahan:
€750 juta (RM3.61 bilion)

Ringkasan:
DIAZ memulakan karier profesional bersama Manchester City sebelum mencipta sensasi menyertai Real dengan harga €17 juta (RM81.79 juta) pada 2019 tetapi tidak bertahan lama apabila dipinjamkan ke Milan sejak musim lalu.

Karier Diaz kembali menyinar di Itali apabila dia kini menjadi watak penting buat Milan selain berjaya membantu The Rossonerri kembali beraksi dalam kancah Liga Juara-Juara musim ini.

FEDERICO VALVERDE
Umur: 23 tahun
Negara: Uruguay
Posisi: Pemain tengah
Kelab: Real Madrid
Gaji tahunan:
€3.74 juta (RM18.01 juta)
Klausa perpindahan:
€750 juta (RM3.61 bilion)

Ringkasan:
REAL membuat keputusan tidak masuk akal apabila meletakkan klausa perpindahan yang cukup tinggi sekali gus menghalangnya daripada menyertai kelab-kelab lain dengan harga yang lebih rendah.

Bagaimanapun, Real dikatakan tidak berminat melepaskan Valverde kerana merasakan bintang muda Uruguay itu mempunyai masa depan cerah di Santiago Bernabeu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI