fbpx

Kerajaan negeri bantu bina surau di Sungai Gapes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani Mohamad (dua dari kiri) menunjukkan baju jersi tertera nama beliau selepas melancarkan Butik Bergerak Perak FC - Kopa Arena di Lenggong hari ini.

LENGGONG – Kerajaan negeri akan membantu merealisasikan harapan penduduk Islam di Perkampungan Orang Asli Sungai Gapes, Sahom dekat Kampar yang menginginkan sebuah surau dibina di kawasan tersebut.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, pembinaan surau berkenaan bagi memenuhi keperluan masyarakat Islam di kawasan itu yang semakin berkembang.

Katanya, ketika ini masyarakat Islam di kampung tersebut menumpang rumah penduduk untuk solat berjemaah dan kegiatan dakwah.

“Saya telah hubungi pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dan beliau telah mendapat maklumat daripada Pembantu Hal Ehwal Agama Islam yang bertugas di sana memang ada keperluan untuk membina sebuah surau di situ.

“Insyaallah, kerajaan negeri bersetuju dan kita akan sempurnakan hajat untuk membina sebuah surau sebagai kegunaan masyarakat islam dalam kalangan Orang Asli di perkampungan itu,” katanya ketika merasmikan Program Khidmat Bakti Masyarakat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak di Dewan Merdeka Lenggong di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI