fbpx

Jangan cuba berani duduk atas tudung wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki dimarahi kakaknya apabila terduduk di atas tudung yang telah digosok.

PETALING JAYA – Bukan hanya istilah ‘perempuan tidak pernah salah’, namun masih ada lagi perkara yang perlu diketahui oleh golongan lelaki jika ingin dekati kaum hawa.

Ternyata tudung kepala selain daripada menutup aurat tetapi juga untuk gaya serta penampilan golongan wanita supaya lebih tampak yakin.

Perkara yang paling ditakuti oleh golongan lelaki adalah apabila terduduk di atas tudung yang telah siap digosok oleh isteri serta pasangan mereka.

Terbaru tular di media sosial, seorang lelaki dengan tidak disengajakan terduduk di atas tudung yang yang telah digosok oleh kakaknya.

“Kau tahu dosa apa kau buat tu, atas tudung aku tu. Nak pegi ke mana pula tu,” jelas wanita tersebut.

Rata-rata orang ramai berpendapat dan berkongsi kisah mereka seperti mana yang berlaku melalui klip video tersebut.

“Bukan kau je bro, aku pun pernah terkena dengan bini aku. Tak bercakap sehari. Aku rasa macam tak berguna bila buat dosa tu,” jelas Azman Hamat.

“Biasa la tu, perempuan paling pantang kalau bekas makanan Tupperwere dia kita guna lupa letak dekat mana.

” Satu lagi pasal tudung ni lah. Risau aku kalau nak duduk merata ni. Lebih-lebih lagi kalau masa dia kalut nak kerja. Mahu meletup rumah,” jelas Fakri Nazim. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI