PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad kini terpaksa menjalani kuarantin di rumah selepas mempunyai kontak rapat dengan individu positif Covid-19.
Menurutnya, beliau sepatutnya bertolak ke Sabah pagi tadi bagi penyerahan Kompleks Mahkamah Syariah Sabah di Kota Kinabalu selain melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Mohd Nor, namun terpaksa menangguhkan perkara itu.
“Pagi ini pakai gelang kerana kontak rapat sahabat yang positif. Alhamdulillah setakat ini tidak ada apa-apa gejala.
“Saya kena kuarantin hingga 3 November ini, Insya-Allah 4 November baru bebas,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Idris berkata, buat masa ini, segala urusan kerja dilakukan dari rumah sepanjang menjalani tempoh kuarantin. – K! ONLINE